Monday 22 October 2012


PENGENALAN KEPADA PNEUMATIK 

(SISTEM PNEUMATIK)

 KOMPONEN SISTEM PNEUMATIK

assalam.pada permulaan blog saye ini,saya ingin berkongsi ilmu mengenai pembelajaran saya di Ciast,...

Tahukah anda apa yang dikatakan sistem pneumatik?. Pneu merupakan perkataan yang berasal dari Greek yang bermaksud angin, manakala matik pula merujuk kepada kuasa.  Oleh itu, sistem pneumatik bolehlah ditafsirkan sebagai sistem yang digerakkan oleh kuasa angin.


Sistem pneumatik menggunakan udara termampat sebagai media pemindahan kuasa. Udara termampat adalah udara sekeliling yang telah dimampatkan dengan menggunakan pemampat udara kendalian motor elektrik.

Sistem pneumatik banyak digunakan dalam industri pemasangan komponen elektronik, mesin 
memproses makanan, alat pneumatik seperti mesin gerudi, motor udara dan lain-lain.

Sebagai contoh,sistem  pneumatik juga digunakan oleh bas pada sistem pintu automatiknya dan juga pada bahagian brek. Gambarajah blok komponen sistem pneumatik adalah seperti dalam gambarajah 1.1 di bawah


1.Pemampat Udara
Berfungsi untuk mengumpulkan udara dan memampatkannya dari tekanan udara kasa ketekanan tertentu. Contohnya Pemampat Putaran dan Pemampat salingan.

2. Pengering Udara
Berfungsi untuk mengeringkan udara yang telah dimampatkan daripada wap air  sebelum udara dihantar ke sistem untuk mengelakkan komponen pneumatik dari berkarat.  Contohnya Pengeringan Serapan dan Pengeringan Jerapan.

3. Penerima Udara
Berfungsi untuk menyimpan udara yang telah dimampat dan dikeringkan sebelum dihantar ke sistem.  Penerima udara juga dikenali sebagai tabung udara.  Ia juga boleh mengawal tekanan angin yang terdapat di dalamnya.

4. Unit Servis
Unit servis terdiri dari tiga komponen iaitu pengatur tekanan, tolok tekanan dan pelincir.  Ianya berfungsi untuk mengawal tekanan dan melincirkan udara sebelum dihantar ke sistem.

5. Injap Kawalan Arah
 Ianya berfungsi untuk mengawal arah gerakan penggerak.

6. Penggerak
Ianya merupakan komponen terakhir yang terdapat dalam sistem ini.  Berfungsi untuk melakukan kerja sebagaimana yang telah dikehendaki.Terdapat pelbagai jenis penggerak seperti rod keluar masuk, putaran dan nyalaan.

permainanduniawi

salam blogger